Sastera itukehidupan.
|
|
Pelajar Sastera dari Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Blog ini dikhaskan untuk tugasan-tugasan Sastera. Saya ♥ Sastera! ShoutMix chat widget Cikgu Sazali Norman Fuad Safwanah Farhanny Syahirah Izzah Farhanah March 2010 April 2010 July 2010 Please do not remove the credits. Thanks(: Designer: Fly.away Basecodes: Glamouresque. |
Monday, July 12, 2010
Anak Bumi Tercinta
8:02 AM
Perwatakan MATAIN daripada Cerpen ANAK BUMI TERCINTA. Matain merupakan anak bongsu Mak Esah dan Pak Cik Amat. Dia seorang anak yang rencat akal. Dia nakal dan sering dimarahi oleh ibunya. Dia amat menyayangi ibunya dan rajin membantu ibunya di kebun. Matain sering bergaduh dengan kakaknya, Sitiawa. Dia tidak pernah mahu mengalah pada Sitiawa. Dia merasakan hanya seorang lagi kakaknya, Kak Jarah, yang menyayanginya. Matain akhirnya mati setelah jatuh di dalam telaga. Bahasa Kita Indah
7:42 AM
Tugasan yang diberikan kali ini ialah mencari makna perkataan-perkataan dibawah yang dipetik daripada cerpen Anak Bumi Tercinta. Insyaallah ia akan dapat mengukuhkan kosa kata kita! :D
Patung Kencana dari Kuripan
7:09 AM
Saturday, April 3, 2010
11:23 PM
Setelah mempelajari bentuk sajak, nada dan gaya bahasa, kami ditugaskan untuk menulis sajak. Inilah sajak yang berjaya saya reka. :DIBU Ibu Kulihat kekuatan disebalik kelemahan Teguh menghadapi keperitan Sabar mengharungi dugaan Ibu Padamu kulihat kelembutan Padamu kulihat kemaafan Padamu kulihat ketaatan Ibu Tidak lelah mendorongku Tidak henti berdoa Hingga aku mendaki gunung kecemerlangan Monday, March 22, 2010
Gurindam Fasal yang Kelima Raja Ali Haji. (Pemahaman)
5:35 AM
Tema dalam "Gurindam Fasal yang Kelima Raja Ali Haji" ialah mengenal hati budi seseorang. Di dalam puisi ini, penyajak ingin mengeluarkan pesanan bahawa kita tidak boleh menilai seseorang itu dari segi rupa sahaja.Pada stanza pertama, penyajak memberi mesej bahawa orang yang berbangsa tidaklah dinilai dari segi rupa tetapi dari segi budi bahasa yang digunakan seseorang itu. Bahasa menunjukkan bangsa. Inilah isu yang ingin diketengahkan dalam stanza pertama ini. Pada stanza kedua, "sangat memeliharakan yang sia-sia" (Rangkap 2, Baris 2)(R2B2) menunjukkan bahawa penyajak berpendapat orang akan bahagia dan gembira jika mereka menjaga atau membantu orang-orang yang lebih memerlukan.Orang bahagia tidak menghina atau mencaci orang lain dan di sini, orang bahagia ialah orang yang rendah diri, memikirkan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain juga. Pada stanza ketiga, penyajak berpandangan orang yang mulia itu boleh dilihat dari kelakuannya. Kelakuan orang mulia amat tertib dan sopan dan pandai menjaga adab. Inilah perbezaan yang ketara apabila kita membandingkan orang mulia dan orang lain. Orang mulia tahu menjaga martabat diri dan sentiasa menjaga kelakuan dimana sahaja mereka berada. Pada stanza keempat, orang yang berilmu tidak semestinya orang yang telah belajar hingga ke menara gading. Namun, orang mulia ialah orang yang berani bertanya dan memupuk minat untuk belajar sepanjang hayat. "Belajar tiadalah jemu"(R4B2)Walaupun seseorang itu tidak pandai, tetapi jika rajin berusaha untuk memperolehi ilmu, dialah orang yang berilmu itu. Mesej pada stanza ini ialah jangan mudah berasa puas hati dengan apa yang telah kita dapatkan dan terus berusaha untuk memperbaiki diri. Pada stanze kelima, "orang berakal, di dalam dunia mengambil bekal" (R5B1-2) Bekal di sini merupakan bekal untuk kehidupan di akhirat. Orang yang berakal ialah orang yang rajin dan taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Orang berakal tidak mengejar ilmu dunia sahaja tetapi juga ilmu akhirat. Pada stanza terakhir, penyajak ingin mengetepikan bahawa orang yang baik perangai dapat bercampur dengan sesiapa sahaja- tidak kira usia,rupa,bangsa atau darjat. Orang yang baik perangai tidak membezakan orang dan melayani setiap orang dengan baik dan cukup tertib. Pada keseluruhannya, penyajak ingin mengetengahkan nilai-nilai kemanusiaan melalui puisi ini. Banyak mesej dan pesanan boleh diperolehi dalam puisi ini. Contohnya, janganlah mengejar ilmu dunia sahaja sehingga lupa pada Tuhan dan jangan pandang rendah pada orang lain kerana setiap manusia tidak dijadikan sempurna. |